Secara amnya,
Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak
berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak cacat dan juga kanak- kanak
pintar-cerdas.
Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah, dan teknik mengajar untuk kanak- kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup mendapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.
Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak- kanak berkeperlun khas, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.
Kanak- kanak berkeperluan khas boleh digolongkan kepada 7 kategori, iaitu :
1- Kanak- kanak kerencatan akal (mentally retarded)
2- Kanak- kanak bermasalah pembelajaran (learning
disabilities)
3- Kanak- kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral
disorders)
4- Kanak- kaak cacat pendengaran dan bermasalah
komunikasi
5- Kanak- kanak cacat penglihatan
6- Kanak- kanak cacat fizikal (psikomotor atau
neurosis)
7- Kanak- kanak pintar-cerdas dan berbakat
istimewa.
Program Pendidikan Khas menegaskan kepentingan memelihara setiap kanak- kanak yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Kanak- kanak berkeperluan khas ini hendaklah diberi peluang mengikuti satu program pendidikan khas yang sesuai dengan potensi mereka. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum, dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna, supaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara.
Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi:
"Falsafah pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepadamkanak- kanak khas seperti yang diberi kepadamkanak- kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah yang diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat... dan... untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhu matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih."
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas, tujuan pendidikan khas ialah mengembangkan potensi kanak berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi secara optimum. Dengan cara demikian, kanak- kanak berkeperluan khas ini pula dapat peluang dilatih untuk menjadi rakyat yang berguna dan seterusnya memberi sumbangan, bersama- sama dengan rakan- rakan normal mereka, untuk keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Untuk mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak- kanak berkeperluan khas di negara kita.
1. Menyediakan
program persekolahan dan membina sekolah- sekolah khas dan kelas khas
bermasalah pembelajaran untuk kanak- kanak cacat.
2. Melatih
kanak- kanak cacat dengan kemahiran dan voksional yang membolehkan mereka
menjadi warganegara yang berguna.
3. Melalaui
Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan
atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak- kanak cacat menjalankan
aktiviti pembelajaran di sekolah.
4. Menyediakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak- kanak cacat dengan tujuan
meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam
persekitaran hidup yang sebenar.
5. Melatih
tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas deagan berkesan.
6. Menyediakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak-
kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi
mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai
tujuannya dengan berkesan.
7. Menyediakan
kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan
fizikal, mental atau emosi kanak- kanak cacat.
8. Bekerjasama
dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari
segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.
Di Malaysia,
program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut:
- Program
pendidikan khas diintergrasikan dengan program pendidikan biasa dalam
institusi pendidikan yang sama.
- Program
pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-
kanak buta dan sekolah kanak- kanak bisu dan tuli.
Biasanya kanak-
kanak buta atau pekak semata- mata adalah ditempatkan di dalam sekolah khas.
Manakala, kecacatan kanak- kanak yang bukan buruk adalah ditempatkan dalam
Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terletak di bawah pentadbiran
sekolah biasa.
Rujukan: Buku Perkembangan Kanak- kanak
Penulisan Mok Soon Sang