-->

MEDAN PENDIDIKAN

I'M JUST AN ORDINARY PERSON....

Instagram

HOT BLOG!!!

Followers

Isnin, 10 November 2014

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

4:00 PTG    No comments
          Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak cacat dan juga kanak- kanak pintar-cerdas.

          Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah, dan teknik mengajar untuk kanak- kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup mendapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

          Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak- kanak berkeperlun khas, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

          Kanak- kanak berkeperluan khas boleh digolongkan kepada 7 kategori, iaitu :

1- Kanak- kanak kerencatan akal (mentally retarded)
2- Kanak- kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities)
3- Kanak- kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders)
4- Kanak- kaak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
5- Kanak- kanak cacat penglihatan
6- Kanak- kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)
7- Kanak- kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa.

          Program Pendidikan Khas menegaskan kepentingan memelihara setiap kanak- kanak yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Kanak- kanak berkeperluan khas ini hendaklah diberi peluang mengikuti satu program pendidikan khas yang sesuai dengan potensi mereka. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum, dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna, supaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara.

          Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi:

"Falsafah pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepadamkanak- kanak khas seperti yang diberi kepadamkanak- kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah yang diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat... dan... untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhu matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih."

           Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas, tujuan pendidikan khas ialah mengembangkan potensi kanak berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi secara optimum. Dengan cara demikian, kanak- kanak berkeperluan khas ini pula dapat peluang dilatih untuk menjadi rakyat yang berguna dan seterusnya memberi sumbangan, bersama- sama dengan rakan- rakan normal mereka, untuk keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

          Untuk mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak- kanak berkeperluan khas di negara kita.

1.     Menyediakan program persekolahan dan membina sekolah- sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak- kanak cacat.
2.     Melatih kanak- kanak cacat dengan kemahiran dan voksional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna.
3.     Melalaui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak- kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.
4.     Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak- kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.
5.     Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas deagan berkesan.
6.     Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak- kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.
7.     Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak- kanak cacat.
8.     Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.


          Di Malaysia, program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut:
  • Program pendidikan khas diintergrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama.

  • Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak- kanak buta dan sekolah kanak- kanak bisu dan tuli.


          Biasanya kanak- kanak buta atau pekak semata- mata adalah ditempatkan di dalam sekolah khas. Manakala, kecacatan kanak- kanak yang bukan buruk adalah ditempatkan dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terletak di bawah pentadbiran sekolah biasa.


Rujukan: Buku Perkembangan Kanak- kanak
                Penulisan Mok Soon Sang


E-melkan Ini BlogThis! Kongsi pada X Kongsi ke Facebook
Catatan Lama Laman utama

0 ulasan:

Catat Ulasan

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

Popular Posts

  • Mind Map
    TUGASAN 1                                                             Kemahiran Belajar Cemerlang Kemahiran Lite...
  • ESEI PENDIDIKAN= PINTAR-CERDAS
    KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN oleh  Azman Kanil @Konil PENGENALAN Satu hari hari semasa menye...
  • MENGENAL PASTI KANAK- KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
    Kanak- kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan- perkataan dengan jelas dan tepa...
  • VIDEO BAHASA ISYARAT
    Bagi kanak- kanak yang mengalami masalah pendengaran, bahasa isyarat amat penting dalam membantu mereka berkomunikasi. SELAMAT MENC...
  • KONSEP PENDIDIKAN KHAS
              Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak ...
  • MASALAH PENDENGARAN
    MASALAH PENDENGARAN Definisi Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkat...

Arkib Blog

  • ▼  2014 (6)
    • ▼  November (1)
      • KONSEP PENDIDIKAN KHAS
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (3)

Recent Posts

Download

 
Copyright © 2011 MEDAN PENDIDIKAN | Powered by Blogger.
Design by FThemes.com | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates
Free WordPress Themes