Secara amnya,
Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak
berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak cacat dan juga kanak- kanak
pintar-cerdas.
Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk
kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah, dan teknik
mengajar untuk kanak- kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka
tidak akan sanggup mendapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada
program sekolah biasa.
...
Isnin, 10 November 2014
Ahad, 5 Oktober 2014
MENGENAL PASTI KANAK- KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
3:30 PTG
No comments
Kanak- kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan- perkataan dengan jelas dan tepat.
Kanak- kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan, iaitu kanak- kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak- kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).
Kanak- kanak cacat pendengaran pratutur adalah kanak- kanak pekak sejak lahir, manakala kanak- kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran...
MASALAH PENDENGARAN
2:00 PG
No comments
MASALAH PENDENGARAN
Definisi
Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
Klasifikasi masalah pendengaran
1 Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.
2 Hilang Pendengaran jenis...
Ahad, 21 September 2014
Selasa, 16 September 2014
VIDEO BAHASA ISYARAT
12:20 PTG
No comments
Bagi kanak- kanak yang mengalami masalah pendengaran, bahasa isyarat amat penting dalam membantu mereka berkomunikasi.
SELAMAT MENCUBA!
sumber: www.youtube.c...
ESEI PENDIDIKAN= PINTAR-CERDAS
12:03 PTG
No comments
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN
oleh Azman Kanil @Konil
PENGENALAN
Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik...