-->

MEDAN PENDIDIKAN

I'M JUST AN ORDINARY PERSON....

Instagram

HOT BLOG!!!

Followers

Isnin, 10 November 2014

KONSEP PENDIDIKAN KHAS

4:00 PTG    No comments
          Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak cacat dan juga kanak- kanak pintar-cerdas.

          Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah, dan teknik mengajar untuk kanak- kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup mendapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.

          Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak- kanak berkeperlun khas, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.

          Kanak- kanak berkeperluan khas boleh digolongkan kepada 7 kategori, iaitu :

1- Kanak- kanak kerencatan akal (mentally retarded)
2- Kanak- kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities)
3- Kanak- kanak kecelaruan tingkah laku (behavioral disorders)
4- Kanak- kaak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
5- Kanak- kanak cacat penglihatan
6- Kanak- kanak cacat fizikal (psikomotor atau neurosis)
7- Kanak- kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa.

          Program Pendidikan Khas menegaskan kepentingan memelihara setiap kanak- kanak yang mempunyai potensi yang berbeza. Perbezaan potensi ini mewujudkan pelbagai keperluan pendidikan. Kanak- kanak berkeperluan khas ini hendaklah diberi peluang mengikuti satu program pendidikan khas yang sesuai dengan potensi mereka. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum, dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna, supaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara.

          Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi:

"Falsafah pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepadamkanak- kanak khas seperti yang diberi kepadamkanak- kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah yang diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat... dan... untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhu matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih."

           Selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas, tujuan pendidikan khas ialah mengembangkan potensi kanak berkeperluan khas dari segi intelek, jasmani, sosial dan emosi secara optimum. Dengan cara demikian, kanak- kanak berkeperluan khas ini pula dapat peluang dilatih untuk menjadi rakyat yang berguna dan seterusnya memberi sumbangan, bersama- sama dengan rakan- rakan normal mereka, untuk keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

          Untuk mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pelajaran telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak- kanak berkeperluan khas di negara kita.

1.     Menyediakan program persekolahan dan membina sekolah- sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran untuk kanak- kanak cacat.
2.     Melatih kanak- kanak cacat dengan kemahiran dan voksional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna.
3.     Melalaui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak- kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.
4.     Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak- kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.
5.     Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas deagan berkesan.
6.     Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanak- kanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.
7.     Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak- kanak cacat.
8.     Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.


          Di Malaysia, program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut:
  • Program pendidikan khas diintergrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama.

  • Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak- kanak buta dan sekolah kanak- kanak bisu dan tuli.


          Biasanya kanak- kanak buta atau pekak semata- mata adalah ditempatkan di dalam sekolah khas. Manakala, kecacatan kanak- kanak yang bukan buruk adalah ditempatkan dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang terletak di bawah pentadbiran sekolah biasa.


Rujukan: Buku Perkembangan Kanak- kanak
                Penulisan Mok Soon Sang


Read More

Ahad, 5 Oktober 2014

MENGENAL PASTI KANAK- KANAK BERMASALAH PENDENGARAN

3:30 PTG    No comments
Kanak- kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan- perkataan dengan jelas dan tepat.

          Kanak- kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan, iaitu kanak- kanak cacat pendengaran pratutur (prelingual) dan kanak- kanak cacat pendengaran postutur (postlingual).

          Kanak- kanak cacat pendengaran pratutur adalah kanak- kanak pekak sejak lahir, manakala kanak- kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas mempunyai pengalaman bercakap. Memangnya, kanak- kanak cacat pendengaran dalam peringkat pratutur menghadapi masalah pembelajaran dan masalah komunikasi lebih teruk daripada kanak- kanak masalah pendengaran dalam peringkat postutur. Punca- punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga, saraf pendengaran ataupun warisan baka.

          Kanak- kanak cacat pendengaran boleh dikenal pasti dengan ciri- ciri berikut:



  • Bersifat pendiam, pemalu, dan tidak suka bertanya.
  • Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan- rakan sebaya.
  • Pertuturan mereka kurang lancar, sering tersekat- sekat atau berulang- ulang
  • Mengalami masalah memahami kata orang lain.
  • Kurang berupaya menggunakan perkataan- perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan sesuatu perkara atau idea.
  • Persepsinya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat.
  • Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata.
  • Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti apa yang disoal.
  • Mencondong mukanya ke depan untuk mendengar jelas percakapan orang lain.

Rujukan: Buku Perkembangan Kanak- kanak
                Penulisan Mok Soon Sang

Read More

MASALAH PENDENGARAN

2:00 PG    No comments
MASALAH PENDENGARAN
Definisi
Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. 
Klasifikasi masalah pendengaran
1 Hilang pendengaran jenis konduktif
Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 
2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural
 Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walu bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 
3 Hilang pendengaran jenis campuran
Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan sensorineural
Punca
Antara penyebab masalah pendengaran ialah jangkitan telinga kronik, fakor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, kecederaaan kapala, jangkitan virus atau bakteria, pendedahan kapda bunyi bising secara berpanjangan, proses penuaan dan tumor. 
Tanda-tanda
Kehilangan pendengaran disyaki jika seseorang tidak mendengar bunyi deringan telefon, tidak menoleh kepada sumber bunyi, seringkali meminta penutur mengulang apa yang diperkatakan, membuka TV terlalau kuat, menunjukkan tanda-tanda keliru dan tidak memahami pertuturan. 
Tindakan yang perlu diambil


Audiologis merupakan ahli profesional yang terlatih dalam bidang pendengaran normal dan tidak normal. Seseorang audioologis itu menumpukan perhatiannya terhadap pencegahan dan pengenalpastian masalah-masalah pendengaran, pemilihan dan pemasangan alat bantu pendengaran, merekabentuk dan mengimplimentasi strategi dan program rehabilitasi dan khidmat nasihat berhubung dengan pendedahan terhadap bunyi kuat dan penjagaan dan pemeliharaan pendengran. 


rujukan :Di sini

Read More

Ahad, 21 September 2014

Mind Map

7:59 PG    No comments

TUGASAN 1




   

                                                        Kemahiran Belajar Cemerlang




Kemahiran Literasi Maklumat.


Read More

Selasa, 16 September 2014

VIDEO BAHASA ISYARAT

12:20 PTG    No comments


Bagi kanak- kanak yang mengalami masalah pendengaran, bahasa isyarat amat penting dalam membantu mereka berkomunikasi.

SELAMAT MENCUBA!



sumber: www.youtube.com
Read More

ESEI PENDIDIKAN= PINTAR-CERDAS

12:03 PTG    No comments


KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN
oleh Azman Kanil @Konil
PENGENALAN

Satu hari hari semasa menyelia praktikum di dalam sebuah kelas, seorang murid mendekati saya dan bertanya, “Cikgu, mengapa kanak-kanak tahun satu mesti diajar ABC walaupun saya dah boleh membaca?” Kemudian murid tadi terus duduk di kerusinya setelah menerima arahan daripada guru di hadapan kelas. Kemudian dia bangun dan bergerak lagi ke tempat rakannya yang lain untuk membantu rakannya mengeja, pergi ke tempat yang lain mengusik rakan dan menjawab soalan guru tanpa diminta. Saya dapat lihat bermacam-macam lagi aktiviti yang dilakukannya sehingga guru pelatih tersebut kelihatan malas untuk melayan kerenah murid tadi.
Ini satu fenomena yang sering terjadi di dalam sesebuah kelas yang mempunyai kanak-kanak pintar cerdas. Kadangkala kanak-kanak pintar cerdas boleh mendatangkan gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

KONSEP
Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120 dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.
Secara umumnya, Dr. Howard Gardner (1981) dalam bukunya Frames of Mind menyatakan bahawa kepintaran seseorang kanak-kanak boleh dilihat melalui tujuh jenis kebolehan iaitu:
  1. Kepintaran linguistik. Kebolehan memberikan makna; melakukan turutan sesuatu perkataan; kebolehan mempelajari beberapa bahasa asing.
  2. Kepintaran logikal (matematik). Kebolehan untuk mencari sebab musabab dalam sesuatu hal atau perkara.
  3. Kepintaran ruang. Kebolehan memberi pandangan tentang dunia dan persekitaran dengan tepat; kebolehan membuat dan mengubah sesuatu persepsi, kemahiran kejuruteraan, artistik dan memori secara visual.
  4. Kinetik badan. Kemahiran bersukan (athletic) dan kemahiran melakukan koordinasi motor.
  5. Kemahiran muzikal.
  6. Kebolehan mengenal pasti irama, “pitch”, intonasi dan melakukan memori auditori.
  7. Interaksi sosial (interpersonal skills).
  8. Kemahiran memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
  9. Hubungan dalaman (intrapersonal).
  10. Kemahiran mengenal pasti emosi diri sendiri dan orang lain.
Menurutnya lagi, seseorang yang pintar cerdas mungkin mempunyai kemahiran luar biasa dalam salah satu daripada tujuh perkara tersebut dan sederhana dalam bidang-bidang yang lain.
Walau apa pun definisi yang diberikan oleh sarjana, namun kita amat sukar untuk memberi definisi kepada maksud pintar cerdas. Sebagai contoh adakah individu berikut boleh diklasifikasikan sebagai pintar cerdas?
  • Seorang profesor yang pakar dalam bidang matematik tetapi kehidupan peribadi dan keluarganya kacau bilau.
  • Seorang ahli muzik yang terkenal dengan lagu-lagu ciptaannya tetapi menagih dadah.
  • Seorang yang pakar dalam bidang kewangan tetapi melakukan pecah amanah.

Para pendidik telah sedar bahawa konsep pintar cerdas bukanlah merujuk kepada markah IQ semata-mata tetapi juga melihat kepada tanggungjawab dan perkembangan diri individu.

 

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Kanak-kanak pintar cerdas ini boleh dilihat beberapa ciri-ciri yang penting dari sudut emosi dan sosialnya. Antara sifat positif yang ada pada kanak-kanak pintar ialah:
  1. Mereka dapat mempelajari sesuatu perkara dengan cepat.
  2. Mereka mempunyai tahap imaginasi yang tinggi dan kurang mengikut idea orang lain.
  3. Mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi dan banyak bertanya soalan. Mereka juga berminat mengetahui pelbagai hal.
  4. Memerhati dengan teliti dan peka dengan persekitaran.
  5. Mereka boleh memberi sebab, berfikir dengan jelas, mengenali perkaitan dan memahami makna.
  6. Mereka juga mempunyai sifat kelakar.
  7. Boleh menggunakan alat-alat, perkataan dan idea dengan cara yang baru.
  8. Sangat berminat dengan bahan-bahan bacaan terutama bahan di peringkat yang tinggi.
  9. Mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan dapat menggunakannya dengan tepat.
  10. Boleh mencipta banyak generalisasi dan menggunakannya dalam situasi yang baru.
  11. Mempunyai konsentrasi yang lama dalam satu-satu bahan yang menarik minat mereka.
  12. Mempunyai kemahuan untuk mencapai yang terbaik.
  13. Mempunyai watak kepimpinan dalam pelbagai aktiviti dan selalu meminta pendapat serta idea orang lain
            Antara ciri-ciri negatif kanak-kanak pintar cerdas pula ialah:
  1. Mudah berasa bosan jika diberi tugasan yang sama sahaja.
  2. Mahu membuat sesuatu perkara mengikut caranya sendiri. Sekiranya tidak dibenarkan mereka akan mempersoalkan mengapa tidak boleh?
  3. Kadangkala boleh menjadi seorang pengacau atau yang suka menimbulkan masalah.
  4. Mereka juga dapat melihat sesuatu perkaitan yang orang lain tidak dapat lihat dan mahu menggunakan masa yang banyak untuk membincangkan hal tersebut.
  5. Kadangkala mereka tidak mahu memberhentikan sesuatu aktiviti dan memulakan aktiviti yang lain.
  6. Boleh terlalu bersikap autokratik.
  7. Kadangkala  terlalu inovatif.
  8. Mereka juga biasanya tidak mendengar sesuatu arahan dengan teliti.
  9. Mereka juga bersikap seolah-olah sentiasa tahu mengenai sesebuah buku tetapi pengetahuan itu tidak berkaitan langsung dengan topik perbincangan di dalam kelas.
  10. Mereka juga bersikap terlalu terganggu dengan sesuatu kegagalan yang diterima (tidak menerima kegagalan).
  11. Boleh menjadi terlalu mengarah dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
  12. Boleh menghasilkan kelakar yang boleh “mengena” pada orang dewasa tetapi tidak semua menghargainya.
  13. Apabila melihat seorang guru yang tidak konsisten dengan arahannya maka dia akan berkata, “Tapi, cikgu selalu kata….”
Program Pendidikan
Memandangkan kanak-kanak pintar cerdas mempunyai kemahiran belajar yang berlainan daripada kanak-kanak biasa maka para pendidik perlu merangka satu program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak ini.
Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), program pendidikan kanak-kanak pintar cerdas ini terbahagi kepada tiga bentuk umum iaitu pengayaan, percepatan dan pengelompokan.
Program pengayaan terdiri daripada tiga jenis aktiviti iaitu pendedahan, latihan berkelompok dan penyelidikan masalah sebenar.
Program Pengayaan
Aktiviti pendedahan. Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah. Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini,  disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti pendedahan.
Latihan berkelompok. Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak. Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah projek dan inkuiri-penemuan.
Penyelidikan masalah sebenar. Kanak-kanak pintar cerdas diberi latihan secara kumpulan kecil. Mereka diberi latihan dan bimbingan khusus untuk menyelidik masalah sebenar. Aktiviti ini menggunakan teknik inkuiri-penemuan iaitu kanak-kanak pintar cerdas tadi bermula dengan pembentukan sesuatu masalah, memahami masalah yang dibentuk, menyediakan pelan tindakan, menjalankan rancangan penyelidikan, membuat laporan dan membuat refleksi untuk membina skim penghayatan yang mantap.
Program Percepatan
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu dihabiskan dengan  cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas, melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6 bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi
Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini  dikumpulkan  dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih. Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna.
Komputer dan Kanak-kanak Pontar Cerdas
Geoffrey Jones dalam artikelnya bertajuk, “Personal Computers Help Gifted Students Work Smart” telah menggariskan kebolehan-kebolehan komputer dalam memenuhi keperluan belajar kanak-kanak pintar cerdas. Antaranya ialah
  • Teknologi komputer yang fleksibel akan memudahkan gaya pembelajaran dan minat individu untuk berinteraksi dengan gambar, perkataan, nombor atau sebarang medium yang memberi keselesaan kepada pelajar.
  • Struktur pengalaman yang direka oleh guru-guru terlatih akan membantu pelajar untuk membina kekuatan dan mengatasi kelemahan-kelemahan mereka. Word Processorsdapat memperbaiki penulisan dan pengolahan idea-idea. Program-program komputer yang berkaitan dengan data statistik boleh membantu pelajar menyelesaikan pelbagai soalan yang mencabar minda mereka. Pelajar-pelajar akan bertambah yakin membina pelbagai “skills” mereka.
  • Komputer juga boleh digunakan untuk menyaingi kehendak pelajar. Komputer dapat “bersabar” dan menguasai pada satu-satu idea untuk jangka masa yang panjang. Komputer juga boleh melakukan kerja-kerja yang kompleks apabila para pelajar telah bersedia untuk menggunakannya.
  • Apabila para pelajar telah menerima sesuatu tanggungjawab dan menguasai penggunaan komputer, mereka akan bekerja dengan lebih cekap. Komputer berkhidmat untuk masyarakat. Semakin baik pemahaman pelajar tentang proses pembelajaran, mereka akan dapat menggunakan teknologi ini dengan cekap.
  • Masyarakat belajar daripada masyarakat. Maklumat dan idea daripada masyarakat luar boleh didapati dari komputer. Para pelajar akan dapat dihubungkan melalui “software”, papan buletin atau perbincangan dan projek kumpulan. Para pelajar akan lebih terdedah kepada golongan masyarakat yang berilmu dan bijak menerusi teknologi komputer ini.
KESIMPULAN
Kanak-kanak pintar cerdas adalah satu anugerah yang diberikan oleh Allah kepada makhluk-Nya. Peranan ibu bapa,  pendidik, dan masyarakat amat diperlukan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi satu aset yang paling berharga dalam masyarakat. Kepintaran dan kecerdasan kanak-kanak ini bukan hanya dibangunkan dari aspek intelek semata-mata malah pembangunan akhlak atau spiritual amatlah dipentingkan. Tidak hairan kepada kita sekiranya ada kanak-kanak pintar cerdas ini yang hanya menjadi penjual rokok di tepi jalan atau penebar roti canai kerana masalah kemiskinan atau mungkin disebabkan oleh ketidakprihatinan masyarakat pada kebolehan yang ada pada kanak-kanak tadi.    
RUJUKAN
Gardner, H., 1983. Frame Of Mind: The Theory Of Multiple Intelligence. New York : Basic Books.
Hasan Hj Mohd Ali, 1996. Mendidik Anak Pintar Cerdas. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Hasnah Udin, 1992. Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jones, G., 1990. Personal Computers Help Gifted Students Work Smart. ERIC Digest.
Noor Aini Khalifah dan Nik Azis Nik Pa, 1989. “Kanak-kanak Pintar Cerdas: Satu Perspektif Bersepadu Tentang Konsep , Masalah dan Program Pendidikan” dalam Jurnal Pendidikan,Universiti Malaya.

Read More

Social Profiles

TwitterFacebookGoogle PlusLinkedInRSS FeedEmail
  • Popular
  • Tags
  • Blog Archives

Popular Posts

  • Mind Map
    TUGASAN 1                                                             Kemahiran Belajar Cemerlang Kemahiran Lite...
  • ESEI PENDIDIKAN= PINTAR-CERDAS
    KANAK-KANAK PINTAR CERDAS: MASALAH DAN PROGRAM PENDIDIKAN oleh  Azman Kanil @Konil PENGENALAN Satu hari hari semasa menye...
  • MENGENAL PASTI KANAK- KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
    Kanak- kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar mempelajari sebutan perkataan- perkataan dengan jelas dan tepa...
  • VIDEO BAHASA ISYARAT
    Bagi kanak- kanak yang mengalami masalah pendengaran, bahasa isyarat amat penting dalam membantu mereka berkomunikasi. SELAMAT MENC...
  • KONSEP PENDIDIKAN KHAS
              Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak- kanak berkeperluan khas, iaitu kanak- kanak ...
  • MASALAH PENDENGARAN
    MASALAH PENDENGARAN Definisi Ia adalah masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah bercakap atau memahami apa yang diperkat...

Arkib Blog

  • ▼  2014 (6)
    • ▼  November (1)
      • KONSEP PENDIDIKAN KHAS
    • ►  Oktober (2)
    • ►  September (3)

Recent Posts

Download

 
Copyright © 2011 MEDAN PENDIDIKAN | Powered by Blogger.
Design by FThemes.com | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates
Free WordPress Themes